Tuesday 20 December 2011

Study Group vs Couple

Study itu Ibadah....Niat study mesti kerana ALLAH....bunyi macam senang je kan, nak amal?? hurm, nak menuntut ilmu bukan senang...kita perlu menongkah banyak cabaran yang menggoyahkan niat & usaha kita...

Frankly speaking, acap kali, kita tewas bermusafir menuntut ilmu...asyik-asyik nak merungut dan terus merungut...busy la!! banyak lagi tak cover la!! tak cukup masa la!!...kepandaian kita lebih tertumpu untuk memberi alasan yang tak ada noktahnya berbanding usaha belajar itu sendiri....

Kalo kita solat berjemaah, solat kita selalunya terjaga malah kualiti solat kita lebih baik...kita rasa seronok untuk mengerjakan solat malah tak terasa terbeban...rasa bahagia sangat-sangat....

hurm, kita boleh adaptasi solat berjemaah untuk bantu kita survive dalam menuntut ilmu...kita boleh bentuk study group dengan sahabat-sahabat kita...selalunya, kita susah nak istiqamah jika study sorang2...dalam kata mudah, kalau kita study group, 27 kali ganda manfaat yang boleh kita dapat...

Tetapi....

Ramai pelajar yang menggunakan alasan belajar@ study group untuk berdua-duaan dengan pasangan masing-masing.

Belajar itu ibadat, tapi sia-sia bila bercampur maksiat.
Boleh ke fokus bila dah macam tu? 
Nampak lain macam saja...manja, senyum memanjang, tak macam gaya orang sedang berdiskusi. 
Takkan study group berdua saja? Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran, yang lain tu...banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Konon2 nak buktikan bahawa mereka adalah couple yang tak mengabaikan pelajaran, yang tak mensia-siakan masa depan, saling memberi motivasi
Hakikatnya itu adalah alasan, Alasan untuk mengurangkan rasa DOSA mereka, untuk menyedapkan hati sendiri.

Mungkin dengan izin Allah, mereka boleh berjaya,
Tapi keberkatan ilmu yang kita cari,
Kalau cemerlang sekalipun, tetapi tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah.

Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.


Sunday 18 December 2011

Ada Apa Dengan Usia Muda

Apa yang sedang kamu perbuat wahai pemuda Islam saat ini, kelmarin dan hari mendatang? Apa yang sedang kamu sembangkan hari ini, semalam dan hari mendatang wahai putera puteri Islam? Wahai syabab dan nisa', apa yang kamu sibukkan hari ini, semalam dan esok?

Kehidupan ini bukan sekadar bicara urusan peribadi dan duniawi, tetapi sebagai pemuda, bicara kita adalah bicara masa depan Islam, kata kita adalah momentum praktikal Islam dalam kehidupan, kerja kita adalah kerja besar memenangkan dakwah. sibuk kita adalah meraih pahala tanpa batas. Yang mana satu kualiti anda wahai pemuda pemudi Islam?

Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah adalah seorang ulama yang terpanggil untuk menukilkan nasihat untuk kita, para pemuda dalam ucapan beliau:

"Masa muda merupakan nikmat Allah yang istimewa kerana para pemuda dianugerahi kekuatan untuk menggapai cita-citanya dengan pertolongan dari Allah. Masa ini adalah masa para pemuda bersungguh-sungguh terhadap perkara yang menyampaikannya kepada jalan Allah dan kepada perkara yang paling bermanfaat bagi hambaNya. Masa muda adalah masa yang teristimewa, masa yang paling berharga."

Semoga usia yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita dapat kita manfaatkan sepenuhnya sebagai generasi pemuda mujahid setia yang tetap istiqamah menolong agama Allah SWT. Firman Allah SWT:

Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah akan menolong kalian dan mengukuhkan kedudukan kalian. (Surah Muhammad: 7)

InsyaAllah dengan misi yang besar sebagai pemuda pemudi yang sentiasa memberikan kehidupannya untuk dakwah, maka Allah SWT akan sentiasa menolong dan menguatkan kita untuk terus sabar dan istiqamah.

Ayuh pemuda pemudi Islam, bergerak kehadapan dan tinggalkan kemalasan. Kita adalah nadi kebangkitan umat. Kemalasan adalah faktor terbesar dari diri kita yang telah begitu lama membuat kita lalai dan terleka. Padahal tiap detik yang kita lalui akan selalu tercatat dalam kitab amalan kita. Akan ada masa pertanggungjawaban, siapakah kita, apakah yang akan kita katakan saat Allah SWT bertanya untuk apa masa mudamu digunakan?

Friday 16 December 2011

Trend Bertudung Masa Kini

Rata-rata masyarakat muslim wanita hari ini bertudung kerana fesyen. Pelbagai jenis fesyen tudung yang berada di pasaran hari ini..Ada diantaranya cuba menampilkan gaya tudung tersendiri, kononnya itu keunikan atau tread mark mereka. Saya tidak mahu bawakan contoh gambar sebenar gaya-gaya bertudung masyarakat kerana kita boleh lihat sendiri diluar sana bagaimana mereka bertudung. Ada yang bertudung pendek, bertudung tapi pakaian sendat, bertudung tapi pakai baju lengan pendek, bertudung tapi pakai skirt dan macam-macam gaya lagii..


Bila ditanya mengapa bertudung gaya seperti itu, mereka akan menjawab ingin menutup aurat. Alhamdulillah, niat yang baik untuk menutup aurat. Namun adakah gaya seperti itu yang dianjurkan dalam Islam??
Rata-rata wanita hari ini bertudung kerana gaya bukan hukum kerana cara pemakaian tidak selari dengan hukum di dalam Al-Quran itu sendiri.
Bagaimana garis panduan dalam Islam tentang cara menutup aurat?
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesalahan bertudung dan pakaian..



Beginilah gaya-gaya pakaian hari ini bukan?? 

Berapa ramai wanita yang mengikut hukum dalam cara berpakaian hari ini??

Ini baru cara bertudung, belum dikira wanita yang tidak bertudung lagi...Lagi la pelbagai gaya yang pelik-pelik dapat dilihat..

Saya membawa isu ini bukan untuk mencetuskan kontroversi atau menaikkan kemarahan wanita namun saya melihat masalah ini semakin menular. Perlu rasanya saya untuk menyampaikan kebenaran disini walaupun sepatah ayat agar Umat Islam di negara kita kembali kepada cara Islam yang sebenar, dan agar negara kita terhindar dari kemurkaan Allah SWT.