Saturday 22 December 2012

DI BUMI ASING

ahhh bosannya...jam henset dilihat. sudah jam 11.05 pagi...perut dah bernyanyi berlagu tidak mengikut rentak irama sudah...ahhh malasnya nak keluar cari makan..tidak tahu mahu tuju kemana sebenarnya. maklumlah baru seminggu di pekan tuaran, sabah ini. kawan-kawan yang lain sudah pun keluar ke KK..katanya mau shopping barang-barang keperluan sebelum dihantar ke sekolah yang tidak tahu di mana letaknya itu..hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih tinggal di asrama ipg kent ini..barangkali sama seperti aku juga kali malas mahu berjalan kaki keluar ke pekan tuaran. kawan-kawanku ini (fatin dan wani) sedang ralit dengan laptop masing-masing...sepatah pun tidak kedengaran suara diorang berbual. lepas solat zuhur nanti la aku keluar sama fatin dan wani...

Thursday 5 January 2012

Dimanakah Aurat Lelaki

Selama ini kita asyik dengar orang bercakap mengenai aurat wanita kan? So, bagaimana pula dengan aurat lelaki?

Jika saya tanyakan kepada anda semua,
'Dimanakah aurat kaum lelaki?'

Saya yakin semua orang tahu bahawa aurat lelaki adalah BAHAGIAN TUBUH ANTARA PUSAT HINGGA LUTUT. Jangan disalah ertikan sebagai pusat dan lutut.

Ali r.a berkata: Nabi saw bersabda :-

لا تُبْرِزْ فَخِذَكَ ، وَلا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلا مَيِّتٍ

"Jangan dedahkan peha kamu, jangan melihat kepada peha seseorang samada yang hidup atau mati"
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Maajah).

Selalunya situasi ini dapat dilihat masa sport la...main bola...main ragbi...hadoiiiii.....
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka ketika bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, ini kan lagi ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.




Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Tetapi,

Imam Malik mengatakan paha bukan aurat berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud: "Janganlah kamu (wanita muslimah) yang bersolat bersama lelaki, bangun sujud awal dari mereka, supaya tidak ternampak paha mereka.

Post ini bukanlah untuk mempertikaikan dimana letaknya aurat lelaki, tetapi ingin mengingatkan bahawa aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan adalah sama (wajib tutup aurat). Oleh itu, seorang lelaki tetap perlu menutup auratnya walaupun ketika berhadapan dengan seorang lelaki.


Bagi lelaki, aurat jelas menjadi satu kepentingan jika berhadapan dengan kaum wanita. Tetapi, apabila berhadapan dengan kaum sejenis hal ini diremeh temehkan. Seorang lelaki itu selalu memakai seluar panjang di khalayak ramai, tetapi memakai seluar pendek dan kadang-kala hanya ber'boxer' di dalam rumah / bilik walaupun terdapat kaum keluarga atau kawan-kawan di dalamnya. Hal beginilah yang perlu ditakutkan.

Bercakap lebih mudah dari melakukan sesuatu bukan? Tetapi ianya tidak mustahil. Moga kita semua sentiasa istiqamah menjaga aurat.