Saturday 9 April 2011

Tip Menghadapi Exam

Ustaz aku cakap (Ustaz Abdul Rahman) nak menghadapi peperiksaan perlu ada dua perkara; iaitu

1.  objektif
apa objektif kita, tujuan utama kita dan apa matlamat kita datang ke universiti..datang jauh2 dari kampung semata- mata untuk apa? so, kita kena tahu apa objektif kita yang sebenarnya.

2.  yakin dan sabar
kita perlu yakin dengan apa yang kita buat. kita perlu ada target untuk capai kejayaan. contohnya; aku nak semua 'A' dalam exam semester ni. jadi tak kira dengan apa cara sekalipun aku mesti dapatkan target aku tu. tetapi bak kata Ustaz Abdul Rahman mesti la dgn cara yang halal dan bkn dgn buat nota toyol dlm dewan peperiksaan.

SABAR..kita memerlukan kesabaran untuk mencapai kejayaan. sabar dalam semua perkara. sabar baca buku, sabar menentang kemalasan, sabar untuk tidak tidur banyak, pokoknya banyak2 kan lah sabar menentang godaan syaitan...

Marilah kita sama-sama renungi firman Allah S.W.T. dalam surah al-'Ashr yang bermaksud:

1. Demi Masa!
 
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
 
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


...slamat brjaya kpd smua shbt2...Mntak maaf atas semua salah silap...bittaufiq wannajah insyaAllah...(^_^)

No comments:

Post a Comment